Sunday, June 13, 2021
Home > News > Religion > Kelak Rasulullah S.A.W. Adalah Orang Yang Paling Sibuk di Padang Masyar

Kelak Rasulullah S.A.W. Adalah Orang Yang Paling Sibuk di Padang Masyar


Banten-News | Religion | Tangerang Selatan

Dari pada Abbas r.a Rasulullah S.A.W. bersabda :

“Orang yang pertama dibangkitkan dari kubur di hari kiamat ialah Muhammad S. A. W., Jibril a.s akan datang kepadanya membawa seekor Buraq. Israfil datang membawa bendera dan mahkota serta Izrail akan datang membawa pakaian-pakaian Syurga.

Israfil bersuara: “Wahai roh yang baik! Kembalilah ke tubuh yang baik. Maka kubur mula terbongkar. Pada seruan yang kedua pula, ketika Rasulullah berdiri, Baginda S.A.W. telah membuang tanah di atas kepala dan janggut baginda S.A.W. Baginda S.A.W. melihat ke kanan dan ke kiri, tiada lagi bangunan. Baginda S.A.W. menangis sehingga mengalir air matanya ke pipinya.

Baginda S.A.W. bersabda: “Kekasihku Jibril! Gembirakanlah aku!”

Jibril a.s. berkata : “Apakah yang kamu lihat di hadapanmu?”

Baginda S.A.W. bersabda: ” Bukan seperti itu pertanyaanku.”

Jibril a.s. berkata : ” Adakah kamu tidak melihat bendera kepujian yang berada di atasmu?”

Baginda S.A.W. bersabda : ” Bukan seperti itu pertanyaanku.”

Baginda S.A.W. bersabda: ” Aku bertanya kepadamu akan umatku. Di mana keberadaan mereka?”

Baginda S.A.W. bersabda : ” Nisacaya akan kuatlah pertolongan pada hari ini. Aku akan mensyafaatkan umatku.”

Jibril a.s menyeru: “Wahai sekalian makhluk, datanglah kamu semua ke tempat perhimpunan yang telah disediakan olah Allah taala.”

Umat-umat datang di dalam keadaan satu-satu kumpulan. Setiap kali Nabi Muhammad S.A.W. berjumpa satu umat, Baginda S.A.W. akan bertanya: ” Di mana umatku?”

Jibril a.s berkata: ” Wahai Muhammad! Umatmu adalah umat yang terakhir.”

Apabila Nabi Isa a.s datang, Jibril a.s menyeru: “Tempatmu!” Maka Nabi Isa a.s dan Jibril a.s menangis.

Nabi Muhammad S.A.W. berkata : ” Mengapa kamu berdua menangis?”

Jibril a.s berkata: “Bagaimana keadaan umatmu, Muhammad?”

Nabi Muhammad bertanya: “Di mana umatku?”

Jibril a.s berkata: “Mereka semua telah datang. Mereka berjalan lambat dan perlahan.”

Apabila mendengar cerita demikian, Nabi Muhammad S.A.W. menangis lalu bertanya :

“Wahai Jibril! bagaimana keadaan umatku yang berbuat dosa?”

Jibril a.s berkata : “Lihatlah mereka wahai Muhammad S.A.W!”

Nabi Muhammad S.A.W. bertemu umatnya yang berdosa. Mereka menangis serta memikul beban di atas belakang mereka sambil menyeru: ” Wahai Muhammad!”

Nabi Muhammad S.A.W. bersabda.: “Wahai umatku.”

Mereka berkumpul di sisinya. Umat-umatnya menangis.

Allah taala berfirman di dalam keadaan Dia amat mengetahui sesuatu yang tersembunyi : “Di mana umat Muhammad S.A.W?”

Jibril a.s berkata : “Mereka adalah sebaik umat.”

Allah taala berfirman : “Wahai Jibril! Katakanlah kepada kekasih-Ku Muhammad S.A.W. bahwa umatnya akan datang untuk ditayangkan di hadapan-Ku.”

Jibril a.s kembali di dalam keadaan menangis lalu berkata : “Wahai Muhammad! umatmu telah datang untuk ditayangkan kepada Allah taala.”

Nabi Muhammad S.A.W. berpaling ke arah umatnya lalu berkata: ‘Sesungguhnya kamu telah dipanggil untuk dihadapkan kepada Allah taala.”

Allah taala berfirman : “Hari ini, Kami akan membalas setiap jiwa dengan apa yang telah mereka usahakan. Hari ini Aku akan memuliakan kepada siapa yang mentaati-Ku. Dan, Aku akan mengazab kepada siapa yang mendurhakai terhadap-Ku.”

Suara Jeritan dan Tangisan Semakin Kuat

Nabi Muhammad S.A.W. menyeru : “Tuhanku….Penguasaku….Penghuluku…! Aku tidak meminta untuk diriku. Sesungguhnya aku meminta untuk umatku dari-Mu!”

Ketika itu juga neraka Jahanam berseru : “Siapakah yang memberi syafaat kepada umatnya?”

Neraka Jahanam kembali berseru : “Wahai Tuhanku….Penguasaku….. Penghuluku….! Selamatkanlah Muhammad S.A.W. dan umatnya dari siksaannya! Selamatkanlah mereka dari panasnya aku…..bara apiku, penyeksaanku…..dan azabku! Sesungguhnya mereka adalah umat yang lemah. Mereka tidak akan kuat dengan siksaku.”

Nabi Muhammad S.A.W. terlihat semakin bersedih. Air matanya telah hilang dari pipinya. Para Nabi melihat keluh kesah dan tangisannya Nabi Muhammad S.A.W.

Mereka berkata : “Maha Suci Allah!, hamba yang paling dimuliakan (Rasulullah S.A.W.) oleh Allah taala ini begitu sangat memikirkan dan memperhatikan keadaan umatnya.

Fatimah r.a bertanya : “Di mana aku hendak mendapatkanmu di hari kiamat nanti, wahai bapaku?”

Baginda S.A.W. menjawab : ” Kamu akan menjumpaiku di sebuah telaga ketika aku sedang memberi minum kepada umatku.”

Tatkala umat Nabi Muhammad S.A.W. sedang mencari mimbar Nabi Muhammad untuk mendapatkan syafaat pada hari kiamat, Mariam, Asiah, Khadijah dan Fatimah Az-Zahra sedang duduk.

Ketka Mariam melihat umat Nabi Muhammad S.A.W, dia berkata : ” Ini umat Nabi Muhammad S.A.W. Mereka telah sesat dari Nabi mereka. Dan suara Mariam telah didengar oleh Nabi Muhammad S.AW.

Nabi Adam a.s berkata kepada Nabi Muhammad S.A.W : “Ini umatmu wahai Muhammad!, Mereka berkeliling mencarimu untuk meminta syafaat kepada Allah taala.

Nabi Muhammad S.A.W. menjerit dari atas mimbar lalu bersabda : “Datanglah kepadaku, wahai umatku!, Wahai umatku, barang siapa yang tidak beriman dan tidak melihatku. Aku tidak akan pernah lari dari kamu melainkan aku sentiasa memohon kepada Allah taala untukmu!”

Dan umat Nabi Muhammad S.A.W. berkumpul di sisinya.

Ketika di atas sirat, Nabi Muhammad S.A.W. bersabda kepaba malaikat Malik: “Wahai Malik! Dengan kebenaran Allah taala ke atasmu, palingkanlah wajahmu dari umatku sehingga mereka dapat melihatku! Jika tidak, hati mereka akan gementar melihatmu.”

Nabi Muhammad S.A.W. berhenti di atas sirat. Setiap kali Baginda S.A.W. melihat seorang dari umatnya bergayut di atas Sirat, baginda S.A.W. akan menarik tangannya dan membangunkan dia kembali.

Nabi Muhammad S.A.W. berkata : “Tuhan! Selamatkan mereka! Tuhan! Selamatkanlah mereka!

“Saat dahulu Baginda S.AW. hendak pergi meninggalkan dunia, Baginda menyebut “Umatku, umatku, umatku.”

Saat Baginda Rasulullah S.A.W. menjadi manusia pertama yang dibangunkan setelah hari kiamat, maka yang diingat pertama kali adalah umatnya. Apabila di Padang Masyar, semua sibuk dengan urusannya sendiri, seperti orang yang paling kita sayangi : ibu, bapa, sahabat, dan siapa saja. Tetapi hanya Baginda Rasulullah S.A.W. saja yang sibuk mencari tahu tentang kita.

Wahai diri, bersyukurlah bahwa kita adalah umatnya Baginda Rasulullah S.A.W.(MBC/BTL)

Redaksi
The Resource & Directory Of Banten Today
https://banten-news.com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Close